Pages

Nuffnang Ads

Wednesday, November 24, 2010

Kemalangan Pertama ku

23 November 2010, selasa..Tengahari yang cerah di skudai, seakan-akan memberi tanda mendung bakal menjelma di sebelah petang (bukan mendung je, siap hujan lebat lagi petang tu)..sedang aku study falsafah dan prinsip PTV sebab nak final exam esoknya, aku dapat satu SMS yang menggemparkan. Rupanya SMS mengajak aku pergi makan tengahari yang lokasinya di arked meranti..lebih kurang 5 minit dari kediaman mewah aku ni. Yang ajak tu rumate aku. Dengan rasa kelaparan dan kedahagaan disebabkan stok air minum Dr Sukida (Air Sihat Teknologi Nano yang memaparkan Dato Chef Wan memegang gelas transparent memakai kemeja bewarna merah) aku dah habis, aku pun cepat-cepatlah off kan laptop Acer Ram 3G aku ni sebab nak pergi lunch sambil menadah air 20sen seliter tu kat meranti.



Perjalanan aku bermula dengan melangkah ke Lif di tingkat 8 hingga sampai ke parking motor tanpa berbumbung. Parking yang berbumbung dah penuh sebab tu la aku mengambil parking free berbumbungkan langit. Sambil berjalan ke motor, kepala duk hafal fakta-fakta falsafah yang di study tadi (Apa itu pendidikan, apa itu falsafah, apa itu kebenaran, etc.). Motor berkelajuan tinggi 115 Lagenda dihidupkan menggunakan starter setelah aku simpan Chef Wan dalam Box Givi aku. Disebabkan panas, aku pun terus beredar tanpa memanaskan enjin motor berkuasa lejang aku tu (padahal dah terlambat nak ke meranti).

Perjalanan menggunakan kenderaan berenjin aku bermula sambil meninggalkan persekitaran Kondo Ghafar Baba. Masa lalu depan bus stop nampak ade orang tunggu bas (sian ko tunggu bas tengah hari ni, nak pergi makan la tu. Duduk kat kondo apa barang naik bas....haha) sambil memandang sebelah mata je. Vrrrooommmm....bunyi runut mulut aku ketika menuruni kawasan berbukit menghampiri kediaman VVIP Datin Seri Hendon sambil menekan clutch supaya berjalanan lebih lancar menggunakan petrol 95 yang di isi di Esso Pulai sebelum raya haji ari tu.

Dalam kepala dah fikir macam-macam nak makan..cendawan goreng, ayam madu, coleslaw. Sedap-sedap. Tengah lapar-lapar ni, macam-macam nak makan. belum sampai dah plan segala bagai.


Tengah berfikir macam-macam selain daripada makanan, belakang aku disentuh oleh sesuatu..tetiba lak ade benda nak sentuh time ni. Apakah itu?? Takkan di siang hari ni ada jugak scene 2 Alam?? Nak pandang belakang ke tak ni?? Arghh..pandang jelah. Terkejut badak aku bila tengok Chef Wan cuba melarikan diri dari Box Givi aku. Macam mana entah dia boleh bukak box Givi berkualiti aku ni?? Ni tak boleh jadi. Aku pun dengan yakin bahawa jalan yang aku lalui tu adalah jalan yang lurus, aku terus cuba tutup semula Box Givi tu. Tetiba baru aku teringat, jalan yang aku lalui ni penuh dengan misteri di mana jalannya tidak selurus yang disangkakan. Ape lagi, pandang je depan ternampak selekoh yang menanti aku. Kat kawasan ni pun memang kawan kawan aku cakap ade yang accident. So, bukan salah aku la kot..haha..(terang terang salah sendiri).

Itu selekohnya yang menjadi lokasi langgar dan terbang..sungguh seram kalau di waktu malam
                                             
Oleh yang demikian, melambung lah aku dari motor berkuasa tinggi Lagenda merah yang di gilai ramai anak muda. Gedebakk gedebukk gedebekk sampai ke longkang aku tercampak dan tergolek. Panik-panik!! apa nak buat. Baru la aku sedar, aku dah terbabas dan mengalami kecelakaan. Menurut 2 orang saksi kejadian (yang on the way nak pergi makan rasanya), aku ni terbang seketika di atas awan dania sebelum menyembah ke bumi. Superman kah aku? Steward ke aku yang terbang2 ni? hehe..



Sedih aku tengok motor aku terbaring tepi jalan. Tapi yang paling sedih, baju merah kesukanan VVK aku koyak!! Baru pakai berapa kali je. So, ape lagi, aku pun capai Handphone ber'wifi' dan 'bersentuh skrin' aku nak call rumate, tapi mengambil masa sikit nak call cos pening2 lagi kepala aku. Kecik besar kecik besar je  aku tengok handphone masa tu. Nasib baik rumate aku dengan abang sulongnya datang dengan segera tolong bawa aku ke klinik. Tapi yang bestnya, aku berjaya jumpa chef wan aku yang turut tercampak ke dalam gaung. Abang sulong rumate aku pun pergilah kutip. Walaupun dah accident, maintain je chef wan tu senyum.. Luka luka la badan aku ni. Nasib baik takde kecederaan serius. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang pada aku.

Tu la abang sulong kepada rumate aku yang tolong hantar motor aku pergi bengkel
patah sayap ku...
Kantoi nampak Horn kat depan...
Anyway, a special TQ to saksi-saksi kejadian yang memberi bantuan awal kepada aku, rumate aku, syafiq dan abang sulongnya, sofian yang menghantar aku ke Hospital Lake Garden. haha.

TQ jugak buat nurse yang mencuci luka, Dr Omar yang memberi cuti sakit dari 23/11/10 hingga 24/11/19.. 19 tahun cuti dia bagi kat aku..ape hal ko Dr? tak sihat ke ape..Klu korang xcaya, tengok sendiri sijil akuan sakit Hospital Lake Garden tu...


Itulah pengalaman pertama aku accident..memang trauma sekejap lah bila lalu kawasan kejadian. Disebabkan accident ni, tak pasal pasal aku kena naik bas pergi final exam hari ni. Tapi best gak rupanye naik bas pergi kelas ni, sejuk je, selesa dan jimat minyak!! Baru ade class duk kondo naik bas macam ni..haha

Pesanan aku
Hati-hati di laluan misteri!! Sebelum accident ingatlah keluarga yang tersayang, masa accident tu takpayah nak ingat orang tersayang dah, tapi ingat-ingat lah kat Allah...

Ambil yang Positive jadikan pengajaran, jadikan yang Negative sebagai pengajaran

Wassalam..

Monday, October 25, 2010

Wahai Keturunan Adam


Wahai Keturunan Adam

Kabur Pandangan Mata Hati
Meniti Perjalanan Yang Semakin Hampir Ke Penghujungnya
Yang Pasti Akan Datang
Tanpa Keraguan

Bukan Tiada Kegusaran Bukan Tiada Ketakutan
Terdetik Dihati Untuk Lebih Menghampirinya
Namun Detik Itu Hanya Sekadar Detik
Yang Menghilang Dikala Saat, Minit Dan Jam Berlalu..

Mengapa Dibiar Ia Berlalu
Atau Keturunan Adam Ini Yang Merelakan Ia Pergi
Sedangkan Keturunan Adam Ini Tahu ItulahSebenar-benarnya
Tiada Lagi Yang Benar Harus dicari

Tertanya keturunan Adam Ini Seketika
Di Mana Diri Ini Pada Nya
Di Mana Diri Ini Ditempatkan Kelak oleh Nya
Kanan Atau Kiri Diri Ini Menerima dari Nya

Namun Pertanyaan Hanya Sekadar Pertanyaan
Yang Mana Hanya Keturunan Adam Ini Sendiri
Yang Telah Diberi Kesempatan
Menentukan Jawapannya

 








Masa Semakin Menghampiri
Sumpah Syaitan Kepada Nya
Membuat Keturunan Adam Ini Semakin Alpa
Untuk Terus Mencari Nur

Punya Kesempatankah Wahai Engkau Keturunan Adam
Untuk Mencari Bahagia Di Sana

(Fahmi, 2010)

Saturday, October 23, 2010

Assignment mode all the time

Exam dah nak dekat..assignment pulak banyak lagi tak siap(sentuh pun tak tu yang tak siap)..minggu depan dah last week study...lepas tu dah nak study week..ade lagi seminggu je nak siapkan smua assignment..padan muka kau awal-awal sem layan lagi cite Nama saya Earl, surirumah terdesak, laman sosial F...sekarang baru kau nak buat...nak pecah kepala dibuatnya..


Moral of the story:

Positive=aku berjaya tambah kawan melalui laman sosial F, improve my english thru all the drama...

Negative=berjaya mem'pending'kan smua assignment.. TAHNIAH!!

listen to the music

Please make a song selection!! said karaoke machine to me....
so, here we go~hey soul sister by The Train~
it's my selection!!



its not official VM...

for full lyric check it out @ Hey Soul Sister lyrics by Train

Friday, October 22, 2010

The Polarity

~starting~
Polarity!! Its just like electrical polarity...there have negative and positive.. just like our life, sometime we're positive in life and sometime we're negative...not to our self, but to the others...but why?? because we're human being...simple answer for MY polarity!!

~just an intro from me~