Pages

Nuffnang Ads

Monday, March 19, 2012

Kolej Komuniti tu IPTS ke?

Jom belajar di Kolej Komuniti!!
Kolej Komuniti?? Apa tu?? Kolej swasta mana pula tu??

Rata-rata semua masih tak tahu apa tu kolej komuniti. Siap ada yang fikir bila kolej sahaja mesti swasta, mahal dan tiada kualiti. Betul ke?
 
Kalau korang nak tahu, Kolej Komuniti merupakan kolej di bawah kelolaan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) di mana ianya merupakan salah sebuah IPT milik kerajaan atau dengan kata lain IPTA. So, terungkailah satu kemusykilan samada Kolej Komuniti (KK) ni swasta ataupun kerajaan.

Tapi apa yang KK tawarkan? Pengajian macam mana yang dijalankan? Mari aku bagi jawapan simple. Actually KK ni menawarkan pendidikan berasaskan kehendak komuniti sekitar KK tersebut selain menjadi peneraju kepada pendidikan sepanjang hayat (PSH) atau englishnya life long learning. Setakat ini, KK menawarkan pendidikan bagi tahap sijil sahaja di mana terbahagi kepada 2 iaitu Sijil Kolej Komuniti (SKK) dan Sijil Modular Kebangsaan (SMK).

Bagi SKK, sistem pendidikannya seakan sama dengan sijil-sijil yang ditawarkan oleh mana-mana institusi pendidikan lain seperti Politeknik. Tapi sekarang politeknik dah tak jalankan mod sijil, so KK lah yang mengambil alih pengajian diperingkat sijil. SMK pula ianya berbeza dengan SKK di mana SMK merupakan produk KK yang seakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di mana menekan kan kepada pembangunan kemahiran (Skill development) pelajar tanpa mengira usia.

PSH pula lebih menumpukan kepada pembangunan kemahiran dan ilmu komuniti sekeliling secara tidak formal di mana peserta atau pelajar akan menyertai kursus secara kursus pendek yang dijalankan sehari atau dua hari yang kebiasaannya dijalankan pada hujung minggu. PSH yang dijalankan KK ni merupakan antara produk yang paling mendapat sambutan dikalangan komuniti setempat terutamanya dalam menimba ilmu dalam bidang makanan, jahitan, pendawaian elektrik dan pelbagai lagi.

So, bagi yang masih blur berkaitan KK ni, hope korang akan mendapat sedikit pendedahan tentang apa itu KK.

Maklumat lanjut boleh refer kat website JPKK

Sunday, March 18, 2012

Pendidik ke aku ni?

Hidup sebagai seorang pendidik bukan perkara yang mudah kalau nak dibandingkan dengan kerja lain. Pendidik tu samada guru, cikgu, tutor, pensyarah, ustaz atau ustazah semua memegang satu tanggungjawab yang besar dalam mengembangkan potensi seseorang individu itu.

Bila sebut tanggungjawab confirmlah dianya berkaitan dengan amanah. Benda yang paling berat kat atas muka bumi ni pun adalah amanah. So, macam mana sebenarnya nak menjalankan tugas sebagai seseorang pendidik yang bukan sahaja terima paycheck every month tapi dalam masa yang sama dapat menjalankan amanah yang diberi. Amanah kalau tak dijalankan tu kira dah pecah amanah lah. Bila pecah amanah, dosa la jawabnya.

Di sini sebenarnya cabaran seseorang pendidik itu perlu digalas. Selain daripada menjayakan kurikulum yang telah dibangunkan oleh kementerian, kreativiti menyampaikan itu juga antara metod yang perlu difikirkan. Kebanyakan pendidik mungkin hanya menyampaikan sahaja ilmu kepada student tanpa melakukan proses penjanaan ilmu. Penjanaan ilmu?? Faham tak? Ok, maksud penjanaan ilmu ni bagi aku dia lebih kepada mencari maklumat dan bukannya memberi maklumat. Tapi apa yang aku lihat sebagai seorang pendidik, kebanyakan pendidik masa kini lebih kepada menyampaikan ilmu sahaja.

Bukannya nak sembang penggunaan metod mengajar di sini tapi just nak share sikitlah kepayahan sebenar dalam menjadi pendidik. Aku sendiri pun lebih kepada konsep menyampaikan ilmu bukannya penjanaan ilmu. Ini sebabnya aku ni mengajar lebih kepada kemahiran. So, apa yang aku boleh harapkan kalau nak mengajar kemahiran. Ilmu holistik apa yang aku belajar semuanya gagal aku nak aplikasikan.

Sekadar mencoret setelah sekian lama tak mencoret disini..