Pages

Nuffnang Ads

Tuesday, June 12, 2012

Kerja VS Hidup Sihat


Inginkan penampilan yang menarik sepanjang masa? Tiada perut boroi/buncit, kelihatan hot, berbadan sasa? Lupakan saja impian itu sebaik anda melangkah ke alam pekerjaan dan memperolehi gaji. Kenapa?


1. Bagi membolehkan seseorang tu mendapat gaji, semestinya mereka perlu memperolehi pekerjaan. So, bila dah bekerja, secara automatik masa seseorang itu akan hanyut dalam melaksanakan kerja hinggakan terpaksa kerja sampai ke malam. Kalau dapat balik awal pun, mental dan fizikal dah lemah, so, tiadalah peluang untuk lakukan exercise waktu petang. Untuk yang kerja based on shift, lagilah susah untuk memperuntukkan masa disebabkan waktu kerja yang berubah-ubah.

2. Waktu jadi student dulu, untuk teruskan kelangsungan hidup selalunya terpaksa bergantung kepada duit PTPTN dan elaun dari family. So, untuk belanja ke arah kemewahan pemakanan tu seriously akan susah. Dulu duit PTPTN yang dapat satu sem berapa ribu je tapi bila dah kerja, gaji yang dapat every month lagi banyak dari yang dapt every semester. Maka, jalan yang mudah untuk belanjakan sebahagian gaji mestilah kearah pemakanan yang teramat segera such as Pizza, Vivo, Nandos, Secret Recipe, ibu segala kegemukan Mc D, KFC dan Yasmeen nasi kandar. Maklumlah dulu waktu jadi student tak lah mudah sangat nak makan benda benda lazat ni. So, nampak tak lemak lemak anda tu datang dari mana? Ye..datang dari makanan yang mahal dan berlemak.

3. Bila kerja mesti akan ada stress. So, terapi yang paling senang nak dibuat ialah makan. Kadang kadang tak perlukan stress, tapi bila ada masa terluang je mesti tangan mula bergerak mencari benda yang boleh dimakan. Selalunya makanan berminyak macam pisang goreng, cucur, keropok lekor dan kuih la akan jadi pilihan. Benda benda macam ni selalunya di ambil selepas lunch. Walhal makanan waktu lunch tadi tu ada lagi kat tekak.


Tapi betul ke kerja tu antara kekangan yang besar untuk seseorang yang dah bekerjaya tu maintain atau fit kan badan ke berat yang ideal? Yup, mungkin seseorang yang bekerjaya tu boleh menganggap kerja tu antara kekangannya tapi mungkin diaorang yang dah kerja ni jadikan kerja hanya alasan bagi mengelak dari lakukan excersice.

Apa yang penting sekarang adalah semangat dan disiplin. Tanpa disiplin, memang susah bagi seseorang itu untuk mengawal pengambilan makanan yang seimbang serta lakukan senaman yang konsistan. Tapi disiplin ni bukanlah perkara yang sukar nak diamalkan jika kita tahu cara melakukan diet dan senaman dengan cara yang betul. So, kat sini aku bagi few tips untuk diet dan tingkatkan metabolisma.

-Don't skip your breakfast!! (nasi lemak diganti dgn cereal). Breakfast merupakan makanan yang terawal perlu kita ambil selepas beberapa jam perut kita rehat waktu tidur. Jangan biarkan perut sengsara tanpa sebarang makanan diwaktu pagi.

-Makan kerap tapi kurangkan kuantiti makanan (3-4 jam/small portion snack). Jangan ambil snack yang berminyak! Bila terasa lapar, so carilah apa apa makanan yang sesuai dalam kuantiti yang kecil. Bila seseorang itu kerap makan dalam jumlah yang kecil, maka ia akan mengurangkan kuantiti makanan yang diambil sewaktu lunch or dinner.

-Balance cardio exercise with lift weight exercise. Jangan hanya lakukan senaman seperti joging, cycling saja, tapi lakukan senaman melibatkan angkat sesuatu yang berat atau senaman bina otot. Ini akan membuatkan kalori lebih cepat diproses.

-Don't skip major meals such as breakfast & lunch (skip meal akan buat metabolisma malas bekerja). Ingat, metabolisma lah yang akan membantu proses pembakaran lemak.

-Minum kopi atau green tea waktu breakfast bagus untuk rev up metabolism... sebab ada kafein 

-Banyakkan minum air kosong (air membantu proses pembakaran lemak). Air juga sebenarnya dapat membuatkan seseorang itu merasa kenyang (short period) disebabkan air memenuhi ruang perut.


-Makan makanan pedas pun dapat tingkatkan metabolisma. Ingat, metabolisma akan berkurangan apabila usia meningkat ke 40 tahun ke atas.


-Makan lebih protein (cth: ikan, ayam) dari kabohidrat (cth: roti putih)


-Makan lebih awal untuk dinner (sebelum 7 malam). Ini sebab, badan tidak memerlukan tenaga yang banyak diwaktu malam.

-Jaga makan tapi tak exercise pun tak membantu diet, so cuba exercise secara consistent. 20 - 30 minit sudah memadai dari tidak melakukan sebarang senaman.


Take action before its too late. Baby step is better rather than do nothing and waiting for miracle

0 comments: