Perjalanan aku bermula dengan melangkah ke Lif di tingkat 8 hingga sampai ke parking motor tanpa berbumbung. Parking yang berbumbung dah penuh sebab tu la aku mengambil parking free berbumbungkan langit. Sambil berjalan ke motor, kepala duk hafal fakta-fakta falsafah yang di study tadi (Apa itu pendidikan, apa itu falsafah, apa itu kebenaran, etc.). Motor berkelajuan tinggi 115 Lagenda dihidupkan menggunakan starter setelah aku simpan Chef Wan dalam Box Givi aku. Disebabkan panas, aku pun terus beredar tanpa memanaskan enjin motor berkuasa lejang aku tu (padahal dah terlambat nak ke meranti).
Perjalanan menggunakan kenderaan berenjin aku bermula sambil meninggalkan persekitaran Kondo Ghafar Baba. Masa lalu depan bus stop nampak ade orang tunggu bas (sian ko tunggu bas tengah hari ni, nak pergi makan la tu. Duduk kat kondo apa barang naik bas....haha) sambil memandang sebelah mata je. Vrrrooommmm....bunyi runut mulut aku ketika menuruni kawasan berbukit menghampiri kediaman VVIP Datin Seri Hendon sambil menekan clutch supaya berjalanan lebih lancar menggunakan petrol 95 yang di isi di Esso Pulai sebelum raya haji ari tu.
Dalam kepala dah fikir macam-macam nak makan..cendawan goreng, ayam madu, coleslaw. Sedap-sedap. Tengah lapar-lapar ni, macam-macam nak makan. belum sampai dah plan segala bagai.
Tengah berfikir macam-macam selain daripada makanan, belakang aku disentuh oleh sesuatu..tetiba lak ade benda nak sentuh time ni. Apakah itu?? Takkan di siang hari ni ada jugak scene 2 Alam?? Nak pandang belakang ke tak ni?? Arghh..pandang jelah. Terkejut badak aku bila tengok Chef Wan cuba melarikan diri dari Box Givi aku. Macam mana entah dia boleh bukak box Givi berkualiti aku ni?? Ni tak boleh jadi. Aku pun dengan yakin bahawa jalan yang aku lalui tu adalah jalan yang lurus, aku terus cuba tutup semula Box Givi tu. Tetiba baru aku teringat, jalan yang aku lalui ni penuh dengan misteri di mana jalannya tidak selurus yang disangkakan. Ape lagi, pandang je depan ternampak selekoh yang menanti aku. Kat kawasan ni pun memang kawan kawan aku cakap ade yang accident. So, bukan salah aku la kot..haha..(terang terang salah sendiri).
Itu selekohnya yang menjadi lokasi langgar dan terbang..sungguh seram kalau di waktu malam |
Oleh yang demikian, melambung lah aku dari motor berkuasa tinggi Lagenda merah yang di gilai ramai anak muda. Gedebakk gedebukk gedebekk sampai ke longkang aku tercampak dan tergolek. Panik-panik!! apa nak buat. Baru la aku sedar, aku dah terbabas dan mengalami kecelakaan. Menurut 2 orang saksi kejadian (yang on the way nak pergi makan rasanya), aku ni terbang seketika di atas awan dania sebelum menyembah ke bumi. Superman kah aku? Steward ke aku yang terbang2 ni? hehe..
Sedih aku tengok motor aku terbaring tepi jalan. Tapi yang paling sedih, baju merah kesukanan VVK aku koyak!! Baru pakai berapa kali je. So, ape lagi, aku pun capai Handphone ber'wifi' dan 'bersentuh skrin' aku nak call rumate, tapi mengambil masa sikit nak call cos pening2 lagi kepala aku. Kecik besar kecik besar je aku tengok handphone masa tu. Nasib baik rumate aku dengan abang sulongnya datang dengan segera tolong bawa aku ke klinik. Tapi yang bestnya, aku berjaya jumpa chef wan aku yang turut tercampak ke dalam gaung. Abang sulong rumate aku pun pergilah kutip. Walaupun dah accident, maintain je chef wan tu senyum.. Luka luka la badan aku ni. Nasib baik takde kecederaan serius. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang pada aku.
Tu la abang sulong kepada rumate aku yang tolong hantar motor aku pergi bengkel |
patah sayap ku... |
Kantoi nampak Horn kat depan... |
TQ jugak buat nurse yang mencuci luka, Dr Omar yang memberi cuti sakit dari 23/11/10 hingga 24/11/19.. 19 tahun cuti dia bagi kat aku..ape hal ko Dr? tak sihat ke ape..Klu korang xcaya, tengok sendiri sijil akuan sakit Hospital Lake Garden tu...
Itulah pengalaman pertama aku accident..memang trauma sekejap lah bila lalu kawasan kejadian. Disebabkan accident ni, tak pasal pasal aku kena naik bas pergi final exam hari ni. Tapi best gak rupanye naik bas pergi kelas ni, sejuk je, selesa dan jimat minyak!! Baru ade class duk kondo naik bas macam ni..haha
Pesanan aku
Hati-hati di laluan misteri!! Sebelum accident ingatlah keluarga yang tersayang, masa accident tu takpayah nak ingat orang tersayang dah, tapi ingat-ingat lah kat Allah...Ambil yang Positive jadikan pengajaran, jadikan yang Negative sebagai pengajaran
Wassalam..
4 comments:
hoho kesimpulannya, ni salah chef wan la ni. kau saman je dia. duit bagi separuh kat aku. hehe.
kekeke bagus ar doktor tu. maknenye kau sakit terok ni. lagi2 sakit kat dalam kepala tu, sakit terok 19 tahun baru ada harapan sembuh! muahaha~
hahaha... doktor tu ingat dah takde harapan la tu.. tu yang bg 19tahun.. hahahaha..
sian2x... terbang tinggi ko eh... ish2x..
syafiq: aku pun rasa mmg salah chef wan tu...tujuan utama aku nak tutup box givi bergaya aku tu sbb xnk bagi chef wan tu melompat keluar..klu keluar tengah jalan memang aku segan nak kutip..haha
fizah and syafiq: doktor tyu yang xde harapan nak keje lama tu...tu sem depan asal aku absent je aku tunjuk je MC tu...muhahahaha
Post a Comment