Pages

Nuffnang Ads

Monday, March 19, 2012

Kolej Komuniti tu IPTS ke?

Jom belajar di Kolej Komuniti!!
Kolej Komuniti?? Apa tu?? Kolej swasta mana pula tu??

Rata-rata semua masih tak tahu apa tu kolej komuniti. Siap ada yang fikir bila kolej sahaja mesti swasta, mahal dan tiada kualiti. Betul ke?
 
Kalau korang nak tahu, Kolej Komuniti merupakan kolej di bawah kelolaan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) di mana ianya merupakan salah sebuah IPT milik kerajaan atau dengan kata lain IPTA. So, terungkailah satu kemusykilan samada Kolej Komuniti (KK) ni swasta ataupun kerajaan.

Tapi apa yang KK tawarkan? Pengajian macam mana yang dijalankan? Mari aku bagi jawapan simple. Actually KK ni menawarkan pendidikan berasaskan kehendak komuniti sekitar KK tersebut selain menjadi peneraju kepada pendidikan sepanjang hayat (PSH) atau englishnya life long learning. Setakat ini, KK menawarkan pendidikan bagi tahap sijil sahaja di mana terbahagi kepada 2 iaitu Sijil Kolej Komuniti (SKK) dan Sijil Modular Kebangsaan (SMK).

Bagi SKK, sistem pendidikannya seakan sama dengan sijil-sijil yang ditawarkan oleh mana-mana institusi pendidikan lain seperti Politeknik. Tapi sekarang politeknik dah tak jalankan mod sijil, so KK lah yang mengambil alih pengajian diperingkat sijil. SMK pula ianya berbeza dengan SKK di mana SMK merupakan produk KK yang seakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di mana menekan kan kepada pembangunan kemahiran (Skill development) pelajar tanpa mengira usia.

PSH pula lebih menumpukan kepada pembangunan kemahiran dan ilmu komuniti sekeliling secara tidak formal di mana peserta atau pelajar akan menyertai kursus secara kursus pendek yang dijalankan sehari atau dua hari yang kebiasaannya dijalankan pada hujung minggu. PSH yang dijalankan KK ni merupakan antara produk yang paling mendapat sambutan dikalangan komuniti setempat terutamanya dalam menimba ilmu dalam bidang makanan, jahitan, pendawaian elektrik dan pelbagai lagi.

So, bagi yang masih blur berkaitan KK ni, hope korang akan mendapat sedikit pendedahan tentang apa itu KK.

Maklumat lanjut boleh refer kat website JPKK

7 comments:

ixana said...

sir!!sy masih blur laa..apa itu KK!!! kih3

mnfahmie said...

Kk tu kolej komuniti lah kakak..saja ketuk2 gak kakak nanti

fasihah_adeq said...

bru sy phm...trime kasih...^__^

mnfahmie said...

Sama2 seha..lama xbaca blogbanda yek seha

fasihah_adeq said...

ahahaha
blogbanda pun mmbbolley...
jemput2 singgah....ekekeke
lme x update...byk sgt nk cite, xtaw nk cite yg mne...last2 x cite...wuahaha

Shah Ahmad said...

sudah tentu boleh, KK ni adik beradik kepada politeknik dibawah jabatan Politeknik dan kolej komuniti kementerian pengajian tinggi, dan sijil KK mendapat akreditasi dari MQA, sesi pembelajaran akademik, kk juga merupakan laluan alternatif kemasukan IPTA peringkat Diploma.

Anonymous said...

Bagaimana cara guru di sekolah hendak jadi pensyarah kk ni